Find Us
SI World - Therapy Centre for Children
  • 中文版主页
    • 关于我们
    • 我们的服务
    • 见证案例
    • 联络我们
    • 最新资讯
  • Home
  • About Us
  • Our Services
  • Testimonies
  • Contact
  • Latest Info

PDK

ASAS PERTIMBANGAN

3.1       Keperluan untuk meningkatkan perkakasan dan perisian PDK supaya memaksimumkan potensi pelatih-pelatih bermasalah pembelajaran dan fizikal.  


3.2       Manusia menikmati pembelajaran kerana integrasi sensori – salah satu fungsi utama sistem saraf kita yang mengaturkan informasi sensori untuk kegunaan kehidupan harian. Mereka menerima rangsangan deria sentuhan, pergerakan, penglihatan dan pendengaran dari badan mereka dan persekitaraan dan bertindakbalas dalam cara yang dikawal dengan baik.


3.3       Sesetengah pelatih tidak menikmati pembelajaran dan aktiviti fizikal. Ini adalah kerana apabila berhadapan dengan cabaran pengalaman sensori-motor, mereka menjadi tegang, tidak gembira dan keliru. Mereka menolak untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti, atau menjalankan aktiviti-aktiviti dengan cara yang tidak sesuai, dan tingkahlaku mereka mengganggu keseronokan rakan-rakan mereka. Bagi mereka, pembelajaran dan aktiviti fizikal tidak seronok kerana integrasi sensori mereka yang tidak cekap menyebabkan pembelajaran dan pergerakan badan yang tidak cekap (penyesuaian diri dengan persekitaraan, pembelajaran motor dan pembelajaran akademik). 



3.4      Untuk mengurangkan masalah-masalah ini, petugas-petugas PDK memerlukan pengetahuan, kemahiran dan peralatan berkaitan dengan integrasi sensori untuk meningkatkan keadaan emosi dan keupayaan pembelajaran serta fizikal pelatih-pelatih yang berkaitan.


3.5       Dengan perkembangan potensi pelatih-pelatih berkaitan yang lebih memuaskan, keyakinan dan kepercayaan keluarga yang terlibat atas PDK akan bertambah dan akibatnya sokongan yang lebih banyak akan diberi dari masyarakat.


3.6      Petugas-petugas PDK akan lebih berkeyakinan diri dan puas hati jikalau berwibawa membantu pelatih-pelatih berkembang dengan lebih baik dan mendapat kepastian dari masyarakat.  


3.7       Pelatih-pelatih akan belajar dengan lebih baik dan bergaul mesra dengan petugas-petugas dan rakan-rakan pusat mereka. Ini menjadikan mereka berasa lebih gembira, lebih bekerjasama dan lebih berdisiplin di PDK.

Back
Next
Powered by Create your own unique website with customizable templates.