Find Us
SI World - Therapy Centre for Children
  • 中文版主页
    • 关于我们
    • 我们的服务
    • 见证案例
    • 联络我们
    • 最新资讯
  • Home
  • About Us
  • Our Services
  • Testimonies
  • Contact
  • Latest Info

PDK

LATAR BELAKANG

2.1       Terdapat pelbagai program dan peralatan pemulihan yang digunakan di PDK untuk membantu pelatih-pelatih namun tiada yang dibekalkan secara bersepadu dan bersama latihan yang lengkap.


2.2       Pada masa kini, kebanyakan PDK tanpa transformasi memberikan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan tetapi bukan perkhidmatan pemulihan kepada pelatih-pelatih yang bermasalah pembelajaran dan fizikal. Sebenarnya pelatih-pelatih memerlukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan pembelajaran dan fizikal mereka tetapi aktiviti-aktiviti akademik, kraftangan dan perkebunan dipentingkan sebagai aktiviti harian PDK. Ibu bapa dan petugas-petugas bagi PDK tanpa transformasi juga rasa kurang puas hati apabila kemajuan pelatih-pelatih terhad.


2.3       Sehubungan itu, SI World telah melaksanakan pembekalan program dan peralatan pemulihan Integrasi Sensori mulai 2007 kepada 15 buah PDK iaitu PDK Labuan, PDK Mutiara Labuan, PDK Tuaran Sabah, PDK Kota Belud Sabah, PDK PERPIKAT Sarawak, PDK PIBAKAT Sarawak, PDK Bandar Tumpat Kelantan, PDK Bertam Baru Kelantan, PDK Ciku 3 Kelantan, PDK Klinik Wakaf Bharu Kelantan, PDK Klinik Sungai Pinang Kelantan, PDK Manir Terengganu, PDK Bandar Dungun Terangganu,  PDK Paka Terengganu dan PDK Bukit Merah Terengganu.
Picture
2.4      Setelah 5 tahun dilaksanakan, pihak JKMM telah mendapat maklum balas mengenai keberkesanan Program Integrasi Sensori. Laporan Keberkesanan Program Integrasi Sensori telah menunjukkan tahap keberkesanan sebanyak 80% ke atas pemulihan OKU di PDK. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mendapati program ini sesuai dilaksanakan di semua PDK.


Dengan menggunakan program dan peralatan Integrasi Sensori, pelatih-pelatih berdisiplin dan berkeyakinan tinggi serta berani untuk berdikari sendiri. Bagi pelatih-pelatih yang terlalu aktif dan tidak suka bersosial, sekarang sudah berubah kepada suka bersosial dan berdisiplin. 


Kemudahan kepada setiap petugas PDK pula adalah setiap pelatih ini dapat dikawal rapi, program berjalan dengan lancar dan teratur, jadi pelatih-pelatih memperolehi kemajuan dengan cepat. 


Maklum balas yang positif juga diterima daripada pelatih-pelatih dan ibu bapa mereka. Petugas-petugas bekerja dengan seronok dan berkeyakinan dengan tugas harian. Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pula bersemangat dan berwibawa mengharapkan kemajuan dan perubahan yang cepat. 


JKMM berpendapat pada keseluruhannya, program dan peralatan Integrasi Sensori perlu diadakan di setiap PDK di seluruh Malaysia demi kepentingan dan kemudahan yang bermakna untuk menguruskan kanak-kanak bermasalah ini.


2.5       Berdasarkan dapatan ini, SI World ingin mencadangkan supaya transformasi PDK dilaksanakan melalui membekalkan program dan peralatan pemulihan Integrasi Sensori kepada semua PDK dan latihan menyeluruh diberikan kepada petugas-petugas yang mengendalikannya.
Back
Next
Powered by Create your own unique website with customizable templates.