Find Us
SI World - Therapy Centre for Children
  • 中文版主页
    • 关于我们
    • 我们的服务
    • 见证案例
    • 联络我们
    • 最新资讯
  • Home
  • About Us
  • Our Services
  • Testimonies
  • Contact
  • Latest Info

PDK

PEKARA YANG DICADANGKAN

4.1       Program Integrasi Sensori

Pada dasarnya program Integrasi Sensori adalah sejenis program yang meletakkan pelatih-pelatih di dalam kawasan yang direka khas untuk merangsang dan mencabar semua deria. Sebelum sesi dijalankan, jurupulih menilai pelatih-pelatih untuk menyediakan Rancangan Pemulihan Individu berdasarkan tahap rangsangan deria yang boleh menangani mengikut keperluan individu. Semasa sesi dijalankan, jurupulih perlu bekerja rapat dengan pelatih-pelatih untuk menggalakkan penglibatan aktiviti di dalam kawasan itu. Program integrasi sensori adalah didorong oleh empat prinsip utama:

• Cabaran yang berpatutan (pelatih-pelatih mesti dapat berjaya memenuhi cabaran-cabaran yang dikemukakan  melalui permainan);


•  Tindakbalas penyesuaian (pelatih-pelatih menyesuaikan diri dengan strategi baru dan berguna sebagai tindakbalas kepada cabaran-cabaran yang dipaparkan);
           
 •     Penglibatan Aktif (pelatih-pelatih mahu menyertai aktiviti yang disediakan kerana  menyeronokkan);
           

 •     Mengutamakan pelajar-pelajar (pilihan pelatih-pelatih diutamakan untuk memulakan aktiviti-aktiviti).


4.2      Program integrasi sensori terdiri daripada 4 komponen utama:

•  Peralatan integrasi sensori;

•  Latihan integrasi sensori untuk petugas-petugas PDK;
           

•  Penilaian dan rancangan pemulihan individu untuk pelatih-pelatih PDK;
           
• Perkhidmatan selepas jualan, iaitu sokongan program untuk petugas-petugas PDK selepas latihan dan pengubahsuaian rancangan pemulihan individu untuk pelatih-pelatih PDK.



4.3      Peralatan Integrasi Sensori

Senarai di bawah menunjukkan peralatan integrasi sensori asas yang sesuai untuk pelatih-pelatih PDK:
Picture


4.4      Latihan Integrasi Sensori


•  Latihan Integrasi Sensori akan mengambil 5 hari untuk setiap PDK dan dibahagikan kepada 2 bengkel, iaitu bengkel teori serta teknik pemulihan (hari pertama dan kedua) dan bengkel praktikal (hari ketiga hingga hari kelima).
           

•  Pelatih-pelatih terpilih (12-15 kes yang paling susah dan rumit) akan menyertai bengkel praktikal supaya petugas-petugas boleh belajar bagaimana mengendali pelatih-pelatih yang tidak bekerjasama, terlalu aktif, agresif, banyak menangis dan masalah-masalah yang lain. Dalam 3 hari bengkel ini, 12 sesi pemulihan akan diaturkan supaya petugas-petugas boleh mendapat pengalaman yang mencukupi.
           

•  Latihan ini akan diadakan di PDK masing-masing. Setiap latihan akan dijalankan oleh 2 jurupulih. 


4.5      Penilaian dan Rancangan Pemulihan Individu

Penilaian akan dijalankan oleh jurupulih melalui borang soal selidik, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, perbincangan dengan petugas-petugas PDK.

Selepas mengaji data yang dikumpul, Rancangan Pemulihan individu akan disediakan untuk setiap pelatih oleh jurupulih mengikut masalah dan keperluan individu. Rancangan Pemulihan individu ialah garis panduan untuk petugas-petugas PDK menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori. Setiap Rancangan Pemulihan Individu akan mengandungi peralatan yang terlibat, cara yang sesuai dan masa yang diperlukan.

Petugas-petugas PDK perlu mencatat tindakbalas pelatih-pelatih semasa menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori, masalah yang menghadapi dan perkembangan yang dicapai.

Catatan ini merupakan maklumat penting untuk susulan supaya pengubahsuaian yang berpatutan boleh disediakan.


4.6      Sokongan Program dan Pengubahsuaian Rancangan Pemulihan Individu

           
•  Selepas latihan, petugas-petugas masih boleh sentiasa berhubung dengan SI World melalui Facebook jikalau menghadapi apa-apa masalah apabila menjalankan program integrasi sensori. Facebook terpilih sebagai media sokongan program kerana perbincangan antara petugas-petugas dengan SI World adalah terbuka kepada semua PDK supaya informasi boleh dikongsi.
            
•  Apabila program bermula, bersama dengan perkembangan pelatih-pelatih, Rancangan Pemulihan Individu akan dikemaskini 2 - 4 kali dalam 1 tahun, iaitu 3 bulan sampai setengah tahun 1 kali. Untuk memastikan mencapai kesan yang terbaik, pengubahsuaian tersebut akan dilakukan melalui analisis atas catatan prestasi pelatih-pelatih, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, dan perbincangan dengan petugas-petugas PDK.


4.9      Tenaga Perunding, Jurulatih dan Penilai

Tenaga perunding, penilai dan jurulatih akan dilantik dan diberi latihan oleh SI World. Tenaga perunding, penilai dan jurulatih mesti mempunyai kelayakan dalam bidang terapi cara kerja, terapi fisio, pemulihan OKU atau pendidikan khas.
Back
Next
Powered by Create your own unique website with customizable templates.