PPKI
PEKARA YANG DICADANGKAN
4.1 Program Integrasi Sensori
Pada dasarnya program Integrasi Sensori adalah sejenis program yang meletakkan pelatih-pelatih di dalam kawasan yang direka khas untuk merangsang dan mencabar semua deria. Sebelum sesi dijalankan, fasilitator menilai pelajar-pelajar untuk menyediakan Rancangan Pemulihan Individu berdasarkan tahap rangsangan deria yang boleh menangani mengikut keperluan individu. Semasa sesi dijalankan, fasilitator perlu bekerja rapat dengan pelatih-pelatih untuk menggalakkan penglibatan aktiviti di dalam kawasan itu. Program integrasi sensori adalah didorong oleh empat prinsip utama:
• Cabaran yang berpatutan (pelajar-pelajar mesti dapat berjaya memenuhi cabaran-cabaran yang dikemukakan melalui permainan);
• Tindakbalas penyesuaian (pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan strategi baru dan berguna sebagai tindakbalas kepada cabaran-cabaran yang dipaparkan);
• Penglibatan Aktif (pelajar-pelajar mahu menyertai aktiviti yang disediakan kerana menyeronokkan);
• Mengutamakan pelajar-pelajar (pilihan pelajar-pelajar diutamakan untuk memulakan aktiviti-aktiviti).
4.2 Program integrasi sensori terdiri daripada 4 komponen utama:
• Peralatan integrasi sensori;
• Latihan integrasi sensori untuk guru-guru PPKI;
• Penilaian dan rancangan pemulihan individu untuk pelajar-pelajar PPKI;
• Perkhidmatan selepas jualan, iaitu sokongan program untuk guru-guru PPKI selepas latihan dan pengubahsuaian rancangan pemulihan individu untuk pelajar-pelajar PPKI.
4.3 Peralatan Integrasi Sensori
Senarai di bawah menunjukkan peralatan integrasi sensori asas yang sesuai untuk pelajar-pelajar PDK:

4.4 Latihan Integrasi Sensori
• Latihan Integrasi Sensori akan mengambil 5 hari untuk setiap PPKI dan dibahagikan kepada 2 bengkel, iaitu bengkel teori serta teknik pemulihan (hari pertama dan kedua) dan bengkel praktikal (hari ketiga hingga hari kelima).
• Pelajar-pelajar terpilih (12-15 kes yang paling susah dan rumit) akan menyertai bengkel praktikal supaya guru-guru boleh belajar bagaimana mengendali pelajar-pelajar yang tidak bekerjasama, terlalu aktif, agresif, banyak menangis dan masalah-masalah yang lain.
Dalam 3 hari bengkel ini, 12 sesi pemulihan akan diaturkan supaya guru-guru boleh mendapat pengalaman yang mencukupi.
• Latihan ini akan diadakan di PPKI masing-masing. Setiap latihan akan dijalankan oleh 2 jurulatih. VCD and buku panduan akan diberikan kepada setiap PPKI.
4.5 Penilaian dan Rancangan Pemulihan Individu
Penilaian akan dijalankan oleh penilai integrasi sensori melalui borang soal selidik, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, perbincangan dengan guru-guru PPKI.
Selepas mengaji data yang dikumpul, Rancangan Pemulihan individu akan disediakan untuk setiap pelatih oleh perunding integrasi sensori mengikut masalah dan keperluan individu. Rancangan Pemulihan individu ialah garis panduan untuk guru- guru PPKI menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori. Setiap Rancangan Pemulihan Individu akan mengandungi peralatan yang terlibat, cara yang sesuai dan masa yang diperlukan.
Guru-guru PPKI perlu mencatat tindakbalas pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori, masalah yang menghadapi dan perkembangan yang dicapai.
Catatan ini merupakan maklumat penting untuk susulan supaya pengubahsuaian yang berpatutan boleh disediakan.
4.6 Sokongan Program dan Pengubahsuaian Rancangan Pemulihan Individu
• Perkhidmatan selepas jualan ini dibekalkan selama 1 tahun selepas latihan secara percuma.
• Selepas latihan, guru-guru masih boleh sentiasa berhubung dengan SI World melalui Facebook jikalau menghadapi apa-apa masalah apabila menjalankan program integrasi sensori. Facebook terpilih sebagai media sokongan program kerana perbincangan antara guru-guru dengan SI World adalah terbuka kepada semua PPKI supaya informasi boleh dikongsi.
• Apabila program bermula, bersama dengan perkembangan pelajar-pelajar, Rancangan Pemulihan Individu akan dikemaskini 2 kali dalam 1 tahun, iaitu setengah tahun 1 kali.
Untuk memastikan mencapai kesan yang terbaik, pengubahsuaian tersebut akan dilakukan melalui analisis atas catatan prestasi pelajar-pelajar, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, dan perbincangan dengan guru- guru PPKI.
4.7 Tempoh Projek Transformasi PPKI
Projek ini (pemasangan peralatan, latihan dan penilaian) akan dijalankan berterusan kecuali cuti-cuti umum dan hujung minggu, jadi lebih kurang 240 hari satu tahun tersedia untuk projek ini:
4.8 SI World dengan Kerjasama KPM
Program ini dilaksanakan di bawah kelolaan pihak SI World dengan kerjasama KPM.
4.9 Tenaga Perunding, Jurulatih dan Penilai
Tenaga perunding, penilai dan jurulatih akan dilantik dan diberi latihan oleh SI World.
Tenaga perunding, penilai dan jurulatih mesti mempunyai kelayakan dalam bidang terapi cara kerja, terapi fisio, pemulihan OKU atau pendidikan khas.
4.10 Tempat latihan & bil. peserta ikut pusat latihan
SI World perlu menyediakan tempat latihan yang kondusif. Bilangan peserta tidak melebihi 50 orang satu kelas.