Find Us
SI World - Therapy Centre for Children
  • 中文版主页
    • 关于我们
    • 我们的服务
    • 见证案例
    • 联络我们
    • 最新资讯
  • Home
  • About Us
  • Our Services
  • Testimonies
  • Contact
  • Latest Info

PPKI

ASAS PERTIMBANGAN

3.1       Keperluan untuk meningkatkan perkakasan dan perisian Program Pendidikan Khas Integrasi supaya memaksimumkan potensi               pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan disleksia.

 
3.2       Pelajar-pelajar menikmati pembelajaran kerana integrasi sensori – salah satu fungsi utama sistem saraf kita yang mengaturkan             informasi sensori untuk kegunaan kehidupan harian. Mereka menerima rangsangan deria sentuhan, pergerakan, penglihatan                 dan pendengaran dari badan mereka dan persekitaraan dan bertindakbalas dalam cara yang dikawal dengan baik.


3.3       Sesetengah pelajar tidak menikmati pembelajaran. Berhadapan dengan cabaran pengalaman sensori-motor, mereka menjadi                tegang, tidak gembira dan keliru. Mereka menolak untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti, atau menjalankan aktiviti-aktiviti                       dengan cara yang tidak sesuai, dan tingkahlaku mereka mengganggu keseronokan rakan-rakan mereka. Bagi mereka,                           pembelajaran tidak seronok kerana integrasi sensori mereka yang tidak cekap menyebabkan pembelajaran yang tidak cekap                  (penyesuaian diri dengan persekitaraan, pembelajaran motor dan pembelajaran akademik).


3.4       Untuk mengurangkan masalah-masalah ini, guru-guru PPKI memerlukan pengetahuan, kemahiran dan peralatan berkaitan                     dengan integrasi sensori untuk meningkatkan keadaan emosi dan keupayaan pembelajaran pelajar-pelajar yang berkaitan.


3.5       Dengan perkembangan potensi pelajar-pelajar berkaitan yang lebih memuaskan, keyakinan dan kepercayaan keluarga yang                 terlibat atas PPKI akan bertambah dan akibatnya sokongan yang lebih banyak akan diberi dari masyarakat.


3.6       Guru-guru PPKI akan lebih berkeyakinan diri dan puas hati sebagai pendidik khas jikalau berwibawa membantu pelajar-pelajar               berkembang dengan lebih baik dan mendapat kepastian dari masyarakat.           


3.7       Pelajar-pelajar akan belajar dengan lebih baik dan bergaul mesra dengan guru-guru dan rakan-rakan kelas mereka. Ini                           menjadikan mereka berasa lebih gembira, lebih bekerjasama dan lebih berdisiplin di sekolah.

Back
Next
Picture
Mr. Wong: 016-225 9828
Ms. Jenna: 016-206 9828

Email: [email protected]
FB: https://www.facebook.com/siworldmal

Petaling Jaya | Cheras | Puchong | Tawau | Kajang | Kepong | Klang |
Old Klang Road | Sungai Petani | Kota Kinabalu | Subang Jaya | Selayang | Semenyih
  | Shah Alam | Serdang | Ipoh |
Privacy Policy | Disclaimers
Copyright © 2015 SI World Malaysia. All Rights Reserved.
SA0028225-H