Find Us
SI World - Therapy Centre for Children
  • 中文版主页
    • 关于我们
    • 我们的服务
    • 见证案例
    • 联络我们
    • 最新资讯
  • Home
  • About Us
  • Our Services
  • Testimonies
  • Contact
  • Latest Info

PPKI

PEKARA YANG DICADANGKAN

4.1       Program Integrasi Sensori

            Pada dasarnya program Integrasi Sensori adalah sejenis program yang meletakkan pelatih-pelatih di dalam kawasan yang                     direka khas untuk merangsang dan mencabar semua deria. Sebelum sesi dijalankan, fasilitator menilai pelajar-pelajar untuk                   menyediakan Rancangan Pemulihan Individu berdasarkan tahap rangsangan deria yang boleh menangani mengikut keperluan             individu. Semasa sesi dijalankan, fasilitator perlu bekerja rapat dengan pelatih-pelatih untuk menggalakkan penglibatan aktiviti                di dalam kawasan itu. Program integrasi sensori adalah didorong oleh empat prinsip utama:

            •  Cabaran yang berpatutan (pelajar-pelajar mesti dapat berjaya memenuhi cabaran-cabaran yang dikemukakan                                          melalui permainan);
            •  Tindakbalas penyesuaian (pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan strategi baru dan berguna sebagai tindakbalas kepada                    cabaran-cabaran yang dipaparkan);
            •  Penglibatan Aktif (pelajar-pelajar mahu menyertai aktiviti yang disediakan kerana  menyeronokkan);
            •  Mengutamakan pelajar-pelajar (pilihan pelajar-pelajar diutamakan untuk memulakan aktiviti-aktiviti).


4.2      Program integrasi sensori terdiri daripada 4 komponen utama:

           •  Peralatan integrasi sensori;
           •  Latihan integrasi sensori untuk guru-guru PPKI;
           •  Penilaian dan rancangan pemulihan individu untuk pelajar-pelajar PPKI;

           •  Perkhidmatan selepas jualan, iaitu sokongan program untuk guru-guru PPKI selepas latihan dan pengubahsuaian                                   rancangan pemulihan individu untuk pelajar-pelajar PPKI.



4.3      Peralatan Integrasi Sensori

Senarai di bawah menunjukkan peralatan integrasi sensori asas yang sesuai untuk pelajar-pelajar PDK:
Picture


4.4      Latihan Integrasi Sensori

           •  Latihan Integrasi Sensori akan mengambil 5 hari untuk setiap PPKI dan dibahagikan kepada 2 bengkel, iaitu bengkel teori                     serta teknik pemulihan (hari pertama dan kedua) dan bengkel praktikal (hari ketiga hingga hari kelima).
           •  Pelajar-pelajar terpilih (12-15 kes yang paling susah dan rumit) akan menyertai bengkel praktikal supaya guru-guru boleh                       belajar bagaimana mengendali pelajar-pelajar yang tidak bekerjasama, terlalu aktif, agresif, banyak menangis dan                                   masalah-masalah yang lain.

              Dalam 3 hari bengkel ini, 12 sesi pemulihan akan diaturkan supaya guru-guru boleh mendapat pengalaman yang                                     mencukupi.
           •  Latihan ini akan diadakan di PPKI masing-masing. Setiap latihan akan dijalankan oleh 2 jurulatih. VCD and buku panduan                     akan diberikan kepada setiap PPKI.



4.5      Penilaian dan Rancangan Pemulihan Individu

           Penilaian akan dijalankan oleh penilai integrasi sensori melalui borang soal selidik, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu              bapa atau penjaga, perbincangan dengan guru-guru PPKI.

           Selepas mengaji data yang dikumpul, Rancangan Pemulihan individu akan disediakan untuk setiap pelatih oleh perunding                      integrasi sensori mengikut masalah dan keperluan individu. Rancangan Pemulihan individu ialah garis panduan untuk guru-                    guru PPKI menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori. Setiap Rancangan Pemulihan Individu akan mengandungi peralatan                  yang terlibat, cara yang sesuai dan masa yang diperlukan.

           Guru-guru PPKI perlu mencatat tindakbalas pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi sensori, masalah                      yang menghadapi dan perkembangan yang dicapai.

           Catatan ini merupakan maklumat penting untuk susulan supaya pengubahsuaian yang berpatutan boleh disediakan.


4.6      Sokongan Program dan Pengubahsuaian Rancangan Pemulihan Individu

             •  Perkhidmatan selepas jualan ini dibekalkan selama 1 tahun selepas latihan secara percuma.
             •  Selepas latihan, guru-guru masih boleh sentiasa berhubung dengan SI World melalui Facebook jikalau menghadapi                                apa-apa masalah apabila menjalankan program integrasi sensori. Facebook terpilih sebagai media sokongan program kerana                perbincangan antara guru-guru dengan SI World adalah terbuka kepada semua PPKI supaya informasi boleh dikongsi.
            •  Apabila program bermula, bersama dengan perkembangan pelajar-pelajar, Rancangan Pemulihan Individu akan dikemaskini                  2 kali dalam 1 tahun, iaitu setengah tahun 1 kali.
               Untuk memastikan mencapai kesan yang terbaik, pengubahsuaian tersebut akan dilakukan melalui analisis atas catatan                        prestasi pelajar-pelajar, sesi pemerhatian, perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, dan perbincangan dengan guru-                        guru PPKI.


4.7      Tempoh Projek Transformasi PPKI

            Projek ini (pemasangan peralatan, latihan dan penilaian) akan dijalankan berterusan kecuali cuti-cuti umum dan hujung                            minggu, jadi lebih kurang 240 hari satu tahun tersedia untuk projek ini:

4.8      SI World dengan Kerjasama KPM

            Program ini dilaksanakan di bawah kelolaan pihak SI World dengan kerjasama KPM.


4.9      Tenaga Perunding, Jurulatih dan Penilai

           Tenaga perunding, penilai dan jurulatih akan dilantik dan diberi latihan oleh SI World.
           Tenaga perunding, penilai dan jurulatih mesti mempunyai kelayakan dalam bidang terapi cara kerja, terapi fisio, pemulihan OKU            atau pendidikan khas.


4.10    Tempat latihan & bil. peserta ikut pusat latihan

           SI World perlu menyediakan tempat latihan yang kondusif. Bilangan peserta tidak melebihi 50 orang satu kelas.

Back
Next
Picture
Mr. Wong: 016-225 9828
Ms. Jenna: 016-206 9828

Email: [email protected]
FB: https://www.facebook.com/siworldmal

Petaling Jaya | Cheras | Puchong | Tawau | Kajang | Kepong | Klang |
Old Klang Road | Sungai Petani | Kota Kinabalu | Subang Jaya | Selayang | Semenyih
  | Shah Alam | Serdang | Ipoh |
Privacy Policy | Disclaimers
Copyright © 2015 SI World Malaysia. All Rights Reserved.
SA0028225-H