PPKI
ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Keperluan untuk meningkatkan perkakasan dan perisian Program Pendidikan Khas Integrasi supaya memaksimumkan potensi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan disleksia.
3.2 Pelajar-pelajar menikmati pembelajaran kerana integrasi sensori – salah satu fungsi utama sistem saraf kita yang mengaturkan informasi sensori untuk kegunaan kehidupan harian. Mereka menerima rangsangan deria sentuhan, pergerakan, penglihatan dan pendengaran dari badan mereka dan persekitaraan dan bertindakbalas dalam cara yang dikawal dengan baik.
3.3 Sesetengah pelajar tidak menikmati pembelajaran. Berhadapan dengan cabaran pengalaman sensori-motor, mereka menjadi tegang, tidak gembira dan keliru. Mereka menolak untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti, atau menjalankan aktiviti-aktiviti dengan cara yang tidak sesuai, dan tingkahlaku mereka mengganggu keseronokan rakan-rakan mereka. Bagi mereka, pembelajaran tidak seronok kerana integrasi sensori mereka yang tidak cekap menyebabkan pembelajaran yang tidak cekap (penyesuaian diri dengan persekitaraan, pembelajaran motor dan pembelajaran akademik).
3.4 Untuk mengurangkan masalah-masalah ini, guru-guru PPKI memerlukan pengetahuan, kemahiran dan peralatan berkaitan dengan integrasi sensori untuk meningkatkan keadaan emosi dan keupayaan pembelajaran pelajar-pelajar yang berkaitan.
3.5 Dengan perkembangan potensi pelajar-pelajar berkaitan yang lebih memuaskan, keyakinan dan kepercayaan keluarga yang terlibat atas PPKI akan bertambah dan akibatnya sokongan yang lebih banyak akan diberi dari masyarakat.
3.6 Guru-guru PPKI akan lebih berkeyakinan diri dan puas hati sebagai pendidik khas jikalau berwibawa membantu pelajar-pelajar berkembang dengan lebih baik dan mendapat kepastian dari masyarakat.
3.7 Pelajar-pelajar akan belajar dengan lebih baik dan bergaul mesra dengan guru-guru dan rakan-rakan kelas mereka. Ini menjadikan mereka berasa lebih gembira, lebih bekerjasama dan lebih berdisiplin di sekolah.